Tumblr Mouse Cursors

Saturday, 28 May 2016

Berhijrahlah

"Dum dam dum dam", tepat jam 12 malam dan bunyi dentuman mercun begitu kuat dan meriah bagi menyambut tahun 2015. Maka, bersempena dengan tahun baru aku pun menyemat azam dan tekad yang baru untuk aku melakar kisah hidup yang indah dihujungnya nanti. Hari demi hari terus berlalu dan kini tiba masa untuk aku mengukir kejayaan iaitu masa untuk aku lakukan yang terbaik untuk SPM. Setelah tamat peperiksaan SPM aku merancang untuk mengikuti JDK Zon Utara yang akan berlangsung selama satu bulan di Batu Ampar Resort, Perak. 

Pada mulanya, aku hanya merancang untuk mengikuti JDK semata-mata. Aku tidak merancang untuk bekerja dan sebagainya. Sebaik sahaja program JDK tamat, aku teruskan kerja aku dengan mengendalikan program orientasi di sekolah lama aku bagi mencurah bakti dan tenaga. Setelah selesai orientasi, aku dapat satu sms dari rakan sekolah rendah yang mengajak aku untuk bekerja kerana terdapat kekosongan di tempat kerjanya. Rakan aku itu bekerja sebagai juruwang di sebuah pasaraya. Lantas keesokan harinya aku terus pergi temuduga untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Walaupun hakikatnya aku tidak merancang untuk bekerja tapi, setelah diterang oleh kawan aku dan aku berasa teruja dengan gaji yang ditawarkan kerana aku boleh memiliki apa sahaja sekiranya aku bekerja. Alhamdulillah, permohonan aku untuk bekerja diterima.

Pada 1 Februari 2016, bermulah pekerjaan aku sebagai juruwang di sebuah pasaraya. Minggu pertama aku bekerja disana aku masih tidak berasa apa-apa. Mungkin kerana aku belum kenal sesiapa disana kecuali pekerja-pekerja dibahagian juruwang. Kemudian, apabila sampai minggu kedua aku berasa terkejut sekali dengan suasana tempat pekerjaan aku dek kerana aktiviti sosialnya, pemikiran masyarakat disana, gaya hidup mereka dan bermacam lagi menjadikan aku seperti rusa masuk ke kampung. Tika itu, aku tiada pilihan dan aku terpaksa meneruskan pekerjaan aku. Sebaik sahaja aku pulang ke rumah, aku terus memberitahu ibuku yang aku tak mampu bertahan lama untuk bekerja di pasaraya tersebut dan aku ingin meletakkan jawatan pada hujung bulan. Tapi, ibuku membantah dan terus menerus menasihati aku supaya aku meneruskan sahaja bekerja disana buat sementara waktu. Aku pun menuruti perintah tersebut.

Semakin lama aku bekerja disana, makin banyak pengalaman yang aku dapat dan pelbagai corak kehidupan masyarakat aku perhatikan. Lama kelamaan, aku juga hanyut dilanda arus kehidupan masyarakat yang mengabaikan perintah tuhan dan kehidupan bersyariat. Pemikiran aku juga dihasut dengan agenda-agenda masyarakat. Tika itu, iman aku begitu goyah dan aku berasa lemah sekali. Aku gagahkan diri untuk terus bekerja disitu sehingga tibalah suatu hari, aku mendapat teguran dari seorang rakan aku. Dia berkata, "amin! sejak hg kerja ni hg byk berubahlah". Kata-kata tersebut begitu menyentap hatiku dan sebaik sahaja pulang ke rumah aku terus bermuhasabah. Sekian lama aku bermuhasabah, kemudian aku sematkan azam bahawa aku akan cuba untuk berubah dan melawan arus kehidupan disana. Tak kira walau apa jua keadaan sekalipun, aku harus mendepani cabaran tersebut. Buat pertama kali, usaha aku gagal. Aku terus mencuba berulang kali tapi gagal juga. Aku tidak dapat menafikan bahawa untuk istiqamah dalam perubahan itu mudah sebaliknya, sukar. Aku berjaya hanya untuk dua tiga hari tapi aku tak mampu untuk istiqamah hingga berhari-hari. Walhal ketika itu tutur bicara aku makin luntur adab, perkataan kotor makin meniti dibibir, pemikiran kotor juga makin diancam. Ya rabbi, berat sunggun ujian.

Disebabkan barangkali cubaan aku gagal maka, dengan rasminya aku membuat keputusan untuk meletakkan jawatan pada hujung bulan April. Tindakan ini kerana aku teringat akan pesana seorang sahabat semasa di JDK, "kalau kita gagal nak berubah pada tempat yg sama, kita kena berhijrah ke tempat baru dan carilah kawan baru". Kata-kata yang amat bermakna daripada peserta Kelantan, Amirul Asyraf. Setelah berakhir bulan April maka, dengan rasminya tamatlah pekerjaan aku sebagai juruwang.

Setelah aku berhenti daripada bekerja, pelbagai faedah yang aku peroleh. Antaranya, aku dapat konsisten dengan usrah mingguan. Maklumlah, masa bekerja aku amat sibuk dan kadang aku letih. Kerja juruwang di pasaraya sangat penat apatah lagi hujung bulan. Jumaat, Sabtu, Ahad wajib kerja overtime. Selain usrah, aku dapat luangkan masa bersama keluarga. Semasa bertugas sebagai juruwang, kisah hidup aku hanya di pasaraya. Bahkan, aku dapat menghadiri majlis- majlis ilmu di masjid dan di surau.

Aku sedar, bahawa pekerjaan bukanlah alasan untuk aku lari dari melakukan kebaikan tapi, jika suasana yang terbina disitu dan banyak masa dihabiskan disitu mengapa aku harus aku tunduk akan sistem disitu. Sedangkan diluar sana masih banyak pekerjaan yang boleh mendatangkan faedah bagi diriku. Jika kita tidak mampu untuk terus melakukan kebaikan dengan suasana yang kita hadapi maka, berHIJRAHlah ke destinasi baru dan carilah sahabat yang soleh. Walau apa jua keadaan di tempat kita, jangan pernah mengalah. Dari situ, aku belajar bahawa aku perlu bijak mengatur masa di alam pekerjaan suatu hari nanti.

Wednesday, 13 April 2016

Letih

Aku bukanlah sebaik yang disangka, bukanlah setinggi gunung everest imanku, mohon memahami jua perasaan aku. Barangkali aku dijadikan bahan mainan dan tawaan rakan-rakan. Jujur aku katakan, sakit yang teramat sakit. Tak dapat aku nafikan, kadang aku mampu dan kadang aku terus jatuh rebah ke tanah akibat mereka. Dan saat itu, tiada siapa disisi melainkan Allah yang Maha Satu yang setia bersamaku dikala susah mahupun senang. Kadang, perbuatan mereka itu menjadi subjek teras difikiranku. Acapkali aku bertanyakan hatiku yang sedang luka tika diusik cabaran dunia, "kenapa aku? ya Allah, apakah semua ini?" seringkali ayat ini yang menjadi persoalan utama buatku.

Tiba satu hari,
Saat insan insan yang selalu setia bersamaku, Allah izin tika itu aku ditinggalkan mereka buat sementara waktu tanda Allah mahu menguji aku. Pada ketika itu, aku diuji dengan cabaran yang teramat kuat. Aku terus menerus menjadi bahan mainan bagi mereka. Saat itu, tiada siapapun yang aku dapat tumpang untuk meletakkan kepala diatas bahu sesiapa. Aku berasa sedih yang teramat. 

Saat itu, barulah aku tersedar laksana kepalaku baru lepas dihentuk pada dinding bangunan yang utuh. Pada waktu itu, baru aku sedar bahawa manusia di atas bumi ini bukanlah seperti yang aku mahukan, aku harapkan dan aku inginkan. Bagaimana Allah ciptakan tumbuh tumbuhan yang bebeza jenis, berbeza warna pastinya mempunyai khasiat yang berbeza. Begitu juga dengan manusia, berbeza rupa, berbeza fe'elnya.

Sejak itu, aku selalu berhati hati dengan karenah manusia disekeliling. Bukan bermakna aku sombong, aku berlagak, tapi aku ingin cuba menjaga hati aku sendiri supaya aku tidak jatuh kedalam perangkap syaitan buat kedua kalinya. Tika itu aku sedar, hanya Allah yang mampu memberi ketenangan yang abadi dan hakiki jika aku sentiasa mengingatinya dalam hidupku. Aku tidak berharap lagi bahawa manusia dapat memuaskan hatiku melainkan Allah yang satu.

Bila direnung sejenak, berfikir waras, bahawa ciptaan Allah itu tidaklah sia sia. Allah menjadikan manusia itu berbeza jantina, berbeza paras rupa, berbeza warna kulit, berbeza fe'el, berbeza karenah dan macam macam lagi perbezaan kita. TujuanNya bukanlah untuk kita menghina sesiapa, tapi Allah minta kita bersatu hati dan saling melengkapi. Kita menguatkan satu sama lain. Kita jaga lisan, jaga perbuatan dan tingkah laku supaya orang disekeliling senang apabila melihat kita. Moga Allah berkati kita didunia dan akhirat. 

Salam perjuangan buat pena aku!

Saturday, 23 January 2016

Pilihan Allah

2016.
Tahun baru dan perlantikan baru.
Pengawas?
Pengawas?
Why me? Not you?

Ketahuilah adik2 sekalian, antum adalah pilihan Allah dan Allah tidak pernah tersilap dalam setiap urusan.
Mungkin antum rasa antum tak layak hakikatnya, mungkin antum belum pernah tahu yang antum ada bakat dalam kepimpinan dan tidak pernah cuba untuk keluarkan bakat tersebut.
Antum kena sentiasa ingat firman Allah :
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
maksudnya : Allah tidak akan membebani hambaNya melainkan sesuai dengan kesanggupannya.-Al Baqarah : 286

Ayat ini dah menjelaskan bahawa Allah pilih antum untuk jadi pengawas sebab antum mampu untuk pikul amanah ini. Jadi, dengan amanah yang antum pegang ini, cubalah lakukan dengan sebaik mungkin dan ikhlas kerana Allah semata-mata. Tajdid niat balik. Buat kerja ni semua bukan sebab cikgu suruh, arahan ketua pengawas ka apa tapi buat kerja ini semua sebab tanggungjawab dan ikhlas kerana Allah. Setiap amalan kita itu Allah nilai walaupun kecil. Jangan merasa malas nak buat kerja walaupun kerja2 remeh sebab Allah akan nilai amalan kita yang paling terbaik. Dalam surah al mulk yang setiap malam antum baca pun Allah dah bagi tahu.
maksudnya : Allah menciptakan mati dan hidup itu untuk menguji di antara kamu siapakah amalannya yang paling terbaik.-Al Mulk : 2

Adik2 yang dicintai Allah,
Sungguh dalam melaksanakan sesuatu amal pasti akan diwarnai dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Namun, dugaan itu bukanlah untuk melemahkan tetapi, untuk menguatkan lagi hati antum dalam mengharungi hidup. Biasalah, kalau jadi pengawas yang aktif buat kerja ni orang tak berapa suka. Itu perkara biasa. Jangan pernah termakan dengan kata2 manusia tapi, pilihlah akan janji2 Allah orang yang amanah dengan tanggungjawabnya. Kelak, manisnya amal itu akan antum rasai sekiranya antum lakukan kerana Allah. 

Dalam melaksanakan amal ini, ujiannya bertalu-talu. Ujian itu sebenarnya adalah hadiah dari Allah kepada hambaNya yang melakukan ketaatan kepadaNya. Antum kena ingat, ujian yang Allah bagi kat kita itu tanda Allah rindu dan sayang akan kita. Ujian yang Allah beri itu adalah untuk Allah ketuk hati kita supaya kembali bina hubungan dengan Allah kerana setiap masalah itu akan ada penyelesaiannya dengan bantuan Allah sahaja. Kepada siapa lagi kita patut mohon pertolongan melainkan Allah? 

Saat Allah uji,
Sujud dan mohonlah pertolongan dari ilahi, 
Kerana Allah sajalah yang boleh bantu kita.

Yang penting, 
Banyakkan berdoa kepada Allah agar Allah beri hidayah dan petunjuk kepada semua warga 'Ibrah agar kita semua menjadi hamba yang patuh akan perintahNya.

"Antum adalah pilihan Allah, antum adalah da'ie, antum adalah murabbi. Maka lakukanlah dengan hati yang ikhlas dan lakukan dengan terbaik."

ANTUM MEMANG HEBAT!
Allahu Akbar!


Monday, 11 January 2016

Kasihnya Allah :)

Menjadi kebiasaan dalam kehidupan ini,
Kadang gembira,
Kadang duka, 
Kadang tertawa,
Kadang ceria.

Telah menjadi lumrah kehidupan,
Yang kehidupan memang untuk diuji,
Bukankah Allah telah berfirman,
"Bahawa Allah menciptakan hidup dan mati untuk menguji antara kamu siapakah amalannya yang paling terbaik"- Al-Mulk : 2
Diuji dengan pelbagai godaan dan cabaran,
Untuk apa?
Untuk menguji sejauh mana prasangka kita terhadap Sang Pencipta.

Kadang kita leka,
Kita lupa,
Kita alpa,
Bahwa ujian Allah itu tanda kasihNya akan kita.
Kasih? Kasih?
Ia, Allah kasih akan kita.

Kerna apa?
Kerna setiap ujian dan cabaran itu mendidik kita,
Mentarbiyah kita,
Supaya menjadi insan yang lebih matang,
Lebih bijak,
Lebih rasional dalam setiap gerak geri,
Kerna kehidupan ini sangat menyukarkan.

Kadang,
Di dalam ujian itu Allah selit hadiah buat kita,
Hadiah apa?
Kebahagiaan dan kegembiraan,
Tetapi,
Kita harus menempuhnya,
Dengan penuh kesabaran dan keyakinan,
Bahawa Allah sedang merindui kita,
Untuk bersujud dan memohon kekuatan dariNya,
Agar hubungan kita dengan Sang Pencipta terus terpelihara.
Supaya mencapai redhaNya.

Subhanallah, kasihnya Allah :)

Sunday, 10 January 2016

Sentuhan Tarbiyah

Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad
Wa 'ala aali sayyidina Muhammad

"Orientasi! Orientasi budak form 1? Ahh tengok dulu kalau rajin", inilah ungakapan sebahagian abang2 fesi pada mulanya. Ya Rabbi, menimbulkan sedikit kerisauan sebab lepasan 'ibrah cakap lagutu. Iyaa laa, baru sangat habis JDK pastu nak kena join orientasi. Emmm pastinya kerehatan yang cukup diperlukan. Akhirnya Alhamdulillah, Allah hadirkan ramai abang2 fesi yang tabah dan sanggup berpenat lelah untuk bersama adik2 sewaktu orientasi yang berlangsung selama seminggu. Nak dijadikan story, pada 31 Dec 2015 semua abang2 fesi baru jaa selesai JDK dan kami terus ke 'Ibrah untuk berorientasi bersama adik2. Semangatnya abang2 fesi!

Kemudian pada hari Sabtu 2/1/2015, adik2 datang untuk membuat pendaftaran dan seterusnya bermulalah hidup adik2 di dunia baru, alam baru, suasana baru, kehidupan baru dan title baru iaitu menjadi "Pelajar 'Ibrah". Pada saat itu, adik2 perlu relakan hati untuk ditarbiyah di 'Ibrah selama adik2 belajar disitu. Sebenarnya kehadiran adik2 amat dinanti-nantikan oleh abang2 fesi :) kehadiran adik2 disambut dengan gembira, ceria dan hati yang terbuka. Semestinya lah seronok sebab adik2 merupakan generasi pewaris wasilah tarbiyah yang akan menggantikan abang2 fesi sewaktu adik2 di 'Ibrah. Lagipun adik2 juga datang dengan wajah yang ceria dan menyebabkan abang2 fesi lebih bersemangat untuk berorientasi dengan adik2.





Pada malam tersebut, program orientasi adik2 pun bermula :) modul pertama yang adik2 dapat adalah ice breaking yang dikendalikan oleh Abang Muammar. Emm Abang Muammar ni cubalah sedaya upaya nak bagi adik2 hilang rasa segan dengan kawan2 baru. Macam2 game yang dia buat. Tapi pada mulanya game kami kurang berhasil dan respon adik2 masih lagi krik krik. Ahhh kerisauan abang2 fesi sudah timbul. Aduhhh adik2 masa tu memang semua sedang "homesick". Selepas melihat keadaan adik2 yang krik krik tu terus Abang Tajul gantikan Abang Muammar untuk teruskan game lain pulak. Tapi masa Abang Tajul pun adik2 masih lagi krik krik. Ahhhh risau dibuatnyaaa :') akhirnya berkat rahmat Allah ice breaking kami berjaya. Ice breaking kami berjaya semasa adik2 main game "sang ulat bulu" tu. Setelah ice breaking berjaya maka, modul-modul lain pun berjaya. Alhamdulillah!

Selama seminggu abang2 fesi berorientasi dengan adik2, pelbagai suka, duka, riang, tawa kita lalui bersama. Kepenatan yang melanda abang2 fesi semasa berorientasi dengan adik2 bukanlah alasan untuk abang2 fesi berputus asa dengan adik2. Walaupun ada sebahagian dari adik2 yang memberi respon kurang baik tapi abang2 fesi tetap cuba untuk jadikan adik2 antara yang terbaik dari kalangan yang terbaik. Selama seminggu kita bersama pasti ada sedikit terhiris, terguris hati adik2 dengan abang2 fesi. Abang2 fesi mohon maaf ye :'D

Adik2 yang disayangi kerana Allah,
Abang2 fesi rasa sangat bersyukur dan gembira kerana dapat bersama adik2 selama seminggu. Allah hantar kami bersama adik2 bukanlah satu perkara yang sia2 tapi sebaliknya, ada sesuatu yang Allah nak didik abang2 fesi. Ingat, Allah tak pernah silap! Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. 

Wahai adik2,
Belajarlah dengan rajin dan tekun di 'Ibrah. Walaupun dekat 'Ibrah tu banyak kekurangan dari segi bangunan, perlatan dan sebagainya tapi, itu bukan alasan bagi adik2 untuk berputus asa. Ingatlah, adik2 merupakan "permata ummah" yang akan menggegarkan dunia dengan kebangkitan islam suatu hari nanti. 

Adik2 jangan pernah rasa penat dan jemu untuk ditarbiyah di 'Ibrah kerana dengan tarbiyahlah adik2 boleh jadi hebat seperti Umar Al-Khattab, Khalid Al-Walid, Mus'ab Bin Umair dan ramai lagi para sahabat Rasulullah SAW yang jadi hebat selepas ditarbiyah. Adik2 juga merupakan "harapan ummah" yang akan membawa islam suatu masa nanti insyaAllah.

Akhir kata,
Semoga berjaya!
Jadilah orang yang luar biasa bukan orang yg biasa2! Jadilah seorang doktor yang hebat agama, engineer yang hebat agama, arkitek yang hebat agama dan jadilah apa2 pun. Yang penting, adik2 ada ilmu agama supaya adik2 sentiasa menjadi Hamba Allah yang diredhaiNya. Paling penting, buat setiap amal itu perlu IKHLAS. 


Sekian, salamullah alaikum!







Saturday, 19 September 2015

Nikmat

بسم الله و الحمد لله

Nikmat.
Apakah nikmat?
Kemungkinan anda masih tertanya ada apa dengan nikmat? Kenapa dengan nikmat? Baiklah, mari kita berkenalan terlebih dahulu dengan nikmat supaya segala yang terfikir akan terjawab. Tapi, saya rasa pasti anda semua telahpun ketahui apa itu nikmat. Walau bagaimanapun, saya tetap ingin berkongsi jua :)
Nikmat merupakan segala bentuk kesenangan dan juga kesusahan yang dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya.

Jelas?
 Sekiranya jelas maka ucaplah "Alhamdulillah" kerana Allah yang telah membuka minda anda untuk memahami apa yang tersurat dalam warkah ini.

Nikmat Allah.
Nikmat yang paling luas.
Kerana apa?
Allah itu sifatnya Maha Pemurah. 
Maka, pemurah Allah itu amatlah luas dan tidak mampu dihitung dan dibilang sama sekali.

"Sihat, sakit, pandai, bijak, berjalan, tidur dan sebagainya." Itu semua nikmat Allah yang telah dikurniakan buat kita semua. 
Untuk apa?
Supaya kita bersyukur selalu.
Kadang, kita diberi nikmat kesenangan. Untuk apa Allah beri? Allah nak uji adakah kita ini hamba yang bersyukur atau kufur. 
"Astaghfirullah"
Ayuh, kita beristighfar kerana kita sering kufur :') 

Acapkali kita diberi nikmat kesenangan tapi jarang sekali kita berkongsi nikmat ini. Bahkan kita sering lupa bahawa siapakah pemberi nikmat ini. Kadangkala kerana dengan nikmat kesenangan inilah menyebabkan kita lalai dan leka dalam beribadah. Misalnya, melewatkan solat fardhu. Astaghfirullah. Lemahnya kita. Mudah digoda dengan nikmat.

SAKIT.
SAKIT.
SAKIT.
Kita selalu lupa bahawa sakit juga nikmat daripada Allah. Sakit ini merupakan ujian juga nikmat dari Allah SWT.  
Ujian. Allah kehendaki untuk mengampunkan dosa kita atau sebagai kifarah dosa bagi kita. 
Nikmat. Allah beri supaya kita juga dapat merasakan nikmat tika sakit. Bezanya hanyalah sakit itu nikmatnya perit sekali. Tetapi, impaknya amat besar iaitu pengampunan dosa daripada Allah SWT. 

SUBHANALLAH!
SUBHANALLAH!
SUBHANALLAH!
Betapa kasih dan cintanya Allah kepada kita.

Tapi kebanyakan daripada kita banyak mengeluh daripada bersyukur tika sakit.

MENGAPA?
MENGAPA?
MENGAPA?
Sudah pasti kerana lemahnya iman kita.
"Astaghfirulah".
Kerdilnya kita disisi Allah.

MUSIBAH.
Ini juga merupakan ujian dan juga nikmat dari Allah.
Allah turunkan musibah bukanlah untuk menyusahkan kita hakikatnya, Allah menginginkan kita untuk memohon dan meminta pertolongan dariNya. Allah merindukan tangisan dan rintihan hambaNya. 
Subhanallah!
Kasihnya Allah dengan kita.
Lagipun Allah tidak menguji luar dari kemampuan kita.
Allah juga pernah berkata dalam AL-QURAN bahawa Allah tidak akan menguji hambaNya luar dari kemampuan mereka.

Maka,
Ucapan syukur haruslah menjadi amalan dalam hidup kita agar kita menjadi "hamba rabbani."
Sentiasa bersyukur.
Tidak kufur.
Buktikan tanda syukur kita melalui ibadah. 
Ibadah hati, lisan dan anggota.

Wallahu a'lam

Saturday, 1 August 2015

Ihtifal Sanawi

Assalamualaikum.
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad.


Alhamdulillah, tahun ini SMA 'Ibrah dipilih sebagai tuan rumah untuk ihtifal sanawi 2015. Selama seminggu berturut-turut kami cuba untuk membuat persediaan terbaik bagi menyambut tetamu yang akan hadir. Pelbagai suka duka yang dihadapi. Hujan, panas, sejuk, letih, lesu dan sebagainya.

Ahad, 26/7/2015
Pagi yang indah dihiasi udara segar yang menyuburkan minda Alhamdulillah. Kemudian, laungan azan subuh pun berkumandang dan penghuni-penghuni aspura segera menuju ke surau untuk mendirikan solat subuh berjemaah. "Allahu Akbar!", imam mengangkat takbir. "Assalamualaikum warahmatullah", tamat sudah solat subuh. Setelah itu biro dakwah tampilkan diri kehadapan dan mengeluarkan arahan, "semua boleh amik Al-Quran". Yaa, sememangnya itu menjadi rutin harian kami setelah selesai solat subuh kami akan membaca Al-Quran terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tugasan harian. Setelah selesai kesemuanya semua orang terus menikmati sarapan pagi.
Pada pukul 8.30 am, semua pelajar dikehendaki ke sekolah untuk menyertai amal jam'ie perdana yang turut dihadiri oleh pakcik  sahabat juga makcik sahibah. "Ramai gilaaa orang kat sekolah", keluhan hatiku berbicara. Alhamdulillah, pada hari tersebut pelbagai kawasan telah kami kemas dan seluruh bilik dibangunan sekolah turut dicuci. Suasana begitu ceria sekali kerana dapat melakukan kerja pembersihan secara beramai-ramai. Emm, MPSP pun turut sama menjayakan.

Isnin, 27/7/2015
Perhimpunan mingguan berjalan seperti biasa. Setelah itu, kami segera menyambung menyiapkan persiapan untuk ihtifal sanawi. Sebahagian pelajar menyiapkan meural, sebahgian memasang khemah dan pelajar puteri cuci setiap bilik dibangunan.



Kerja yang dilakukan diteruskan sehingga zohor. Kemudian semua pelajar dibenarkan pulang ke asrama tetapi sebahagiannya menyambung menyiapkan tugasan meural.

Selasa, 28/7/2015
Kring!!! Loceng sekolah dibunyikan menandakan waktu persekolahan bermula. Sebahagian pelajar memulakan kelas dengan bacaan Al-Quran, sebahagian mengulangkaji pelajaran dan sebahagian lagi zZzZ *tidur hahahahaha setelah itu mereka menyambung menyiapkan meural. Pada hari tersebut, kerja gotong-royong didalam kawasan sekolah dilakukan dengan lebih giat dan meluas. Seluruh bangunan sekolah dibersihkan. Fuhhh, ya Allah betapa letihnya :')

Rabu, 29/7/2015
Matahari memancarkan sinarnya ke bumi dan semua hidupan dimuka bumi memulakan kerja, Alhamdulillah. Pada hari tersebut, sebahagian pelajar sibuk membicangkan tentang gerai mereka semasa ihtifal nanti. Begitu juga dengan aku. Kemudian, ustaz Fikri menampalkan kertas pemberitahuan tentang gerai yang akan dibuka nanti. Para peniaga perlu mendaftarkan tapak perniagaan pada cg Azimah. Para peniaga begitu sibuk sekali kerana mereka perlu mengemas tapak perniagaan mereka, menyiapkan perkakas perniagaan dan sebagainya. Emm, begitu juga dengan aku yang merisaukan tentang persembahan aku semasa ihtifal nanti. Minggu tersebut aku langsung tidak membuat persiapan untuk persembahan hari ihtifal. "Haaaah, aku spontan je laaa nanti", bisikan kecil hatiku. Lagipun, aku sibuk dengan urusan perniagaan aku. Hahahaa *belagaknyaaaa :')

Khamis, 30/7/2015
Hari ihtifal pun tiba. Para pelajar dan guru begitu segak sekali pada hari tersebut. Para guru dengan baju batiknya, para pelajar pula dengan sarungan baju biru dan putih. Kelihatan gerai begitu ceria sekali dengan hiasan serta poster kedai masing-masing.  Begitu indah dipandangan mata semua warga 'Ibrah pada hari itu. Semua orang segak bergaya ingin menyambut kehadiran TYT dan para tetamu dari sekolah luar. Jam 8.30 am, semua pelajar diminta untuk beratur panjang bagi menyambut kehadiran TYT. Semua pelajar begitu semangat sekali meluruskan barisan. 




Setelah itu, majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran daripada Johan Tilawah bagi Ihtifal Sanawi 2015. Kemudian, ucapan demi ucapan diucap dan diteruskan dengan persembahan oleh johan-johan pertandingan. Debaran makin terasa tetapi aku tetap sibuk dengan urusan perniagaan aku :') "Ya Allah, berilah aku kekuatan semasa diatas pentas nanti", bisikan kecil hatiku bernada. Kemudian setelah persembahan demi persembahan dipersembahkan dan tibalah giliran aku untuk persembahkan persembahan aku. Perasan gemuruh tak dapat lagi ditolak kerana ia pasti hadir. Tapi aku cuba hilangkan perasaan tersebut dan Alhamdulillah sebaik saja tiba depan mikrofon, gemuruh itu hilang. Gembira tak terkata dan lafaz pembuka dimulakan. Setelah selesai persembahan, aku terus ke gerai untuk menyambung jualan. Majlis penyampaian hadiah akan bermula pada jam 2.30 pm dan semua hadirin diberi masa untuk berehat dan menikmati juadah. Setelah selesai solat zohor, majlis penyampaian hadiah pun dimulakan. 

Keputusannya,
1. Wan Muhammad Anas (Johan Ping Pong Perseorangan)
2. Pasukan bola sepak ( Tempat Ketiga)
3. Muhamad Amin (Johan Syarahan BM)
4. Aisyah Jamaludin (Naib Johan Syarahan BM)
5. Ain Najihah (Tempat ketiga Syarahan BI)
6. Nuril Najwa (Naib Johan Sayarahan BA)
7. Muhammad Safwan (Tempat ketiga Bacaan Kitab Turath)
8. Muhammad Muammar (Tempat ketiga Khat)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang! Moga kehadapan ibrah lebih maju dan berdaya saing yang tinggi sehingga mencapai tahap berprestasi tinggi, "bak kata Ali". Matlamat utama kita adalah dakwah. Jangan pernah lupa tujuan utama kita.

"Everyone have their own talent. Just show it guys! Don't be shy, sure you get it."